Temujanji Doktor 07 November 2018
Kali ni aku tak pergi sebab cuti aku dah minus weh. Means unpaid sudah. So aku minta tolong kat emak dan ayah aku bawakan Aryan jumpa doktor. Kebetulan mak aku pun nak ke farmasi ambil ubat darah tinggi beliau. Aku tak pergi pun sebab Doktor nak review je hasil dari terapi tempohari. Dan aku yakin Cik Farah dah tulis detail report untuk rujukan doktor. So dipendekan cerita mak aku kata kena refer doktor pakar Paed kat HSI (Hospital Sultan Ismail). Doktor pun dah siapkan surat rujukan untuk dibawa ke HSI. Aku decide nak pergi Ahad hujung minggu tu juga. Aku faham prosedur goverment kenalah buat temujanji dulu kalau kes tak urgent macam ni. Dan dah tentu ambil masa berbulan juga untuk tunggu temujanji pertama. Taraaa.. dapatlah tarikh dibulan Febuari 2019 seminggu selepas raya cina. Sekarang ni baru early November 2018.
Aku pun bagitahu sesiap kat abi Aryan. Aku remind dia sekali untuk ambil mykid. Sebabnya susah aku nak mengendong surat beranak tu instead mykid yang boleh selit kat wallet aku. Aku terlupa nak bawa benda penting tu masa pergi HSI tu. Nasiblah kerani tu ok. Bila abi dengar je Feb 2019. "Nape lama sangat?" Soalan dia. Dia suruh aku cari alternatif lain means swasta. Aku pun rasa macam lama. Tapi kos swasta mahal juga untuk sekali sesi terapi 1 hour je dah beratus (RM130-RM250). Aku pulak since mengandung memang consume setia dengan goverment walaupun kena tunggu lama, kena marah ke, aku okay je. Servis goverment tip top, ada follow up dari masa ke semasa. So bersabar jelah tunggu. Mana tahu ada keajaiban Allah beri, Aryan dah boleh cakap ke kan bila bangun pagi esok.

Kontrak kerja aku pun dah nak abis end December nanti. So far belum ada khabar rezeki kerja lagi yang aku dapat. Respon dari company tu adalah. Andaikata aku masih di Johor lagi tak ada masalah dengan temujanji next year. Tapi kalau tak duduk Johor, payah juga aku nak kena uruskan. Sudahlah kat buku biru Arya tu merata tempat ada. Dari Hospital Seri Manjung, KKIA Setiawan, KKIA Sungai Besi, KKIA Sungai Rengit, KKIA Bayu Damai, HSI. Macam banyak masalah pulak tapi beginilah hidup aku yang nomad.
Aku plan nak sediakan Aryan tempat khas untuk dia main kat rumah baru. Actually, rumah pusaka Arwah tok tu dijadikan dua rumah. Which is depan family ayah aku manakala belakang makcik aku. Rumah ayah aku tu perlu tambah dapur dan bilik air baru. Misi aku nak buat macam home schooling untuk Aryan main sambil belajar cakap. Nenek Aryan pun ada qualification child education. So aku nak sediakan tempat selesa untuk dia. Hasilnya akan ku tempelkan disini nanti.
Keep it up ummi Aryan. You can do it!
Ulasan
Catat Ulasan