Perkembangan Aryan (Speech Delay)
Assalamualaikum.
Dah lama sungguh tak menulis. Aku lebih suka menulis cerita-cerita seram pulak dan aku hantar kat Fiksyen Shasha. Hehe. Dah dua tiga cerita yang aku hantar dan disiarkan kat situ. Bila baca blog orang aku pun teringin nak menulis jugak. So aku buatlah blog Aryan Journey ni. Tak ada kena mengena dengan kisah seram. Tapi lebih kepada perjalanan hidup anak aku je supaya dia boleh baca satu hari nanti.
Oklah actually, anak aku sekarang ni (Novermber 2018) dah 2 tahun 7 bulan usianya. Nama dia Mohammad Aryan. Masa dia baru lahir adalah juga orang tanya nama panjang Aryan apa? So aku cakap Mohammad Aryan je. Tak ada penambahan apa-apa kat belakang. Kan senang nanti bila dia dah sekolah. Kalau nak ikutkan aku nak letak Aryan je tak ada Mohammad. Tapi sebab abi dia nak ada Mohammad tu so kita On jelah. Tapi..tapi.. Sampai sekarang abi dia tak pergi ambil mykid kat UTC Pudu tak silap aku. Hurmmm..
Masa Aryan umur 2 tahun 6 bulan, aku sendiri bawa dia pergi check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bayu Damai. Temujanji masa 03 Oktober 2018. Sebelum ni mak dan ayah aku yang tolong bawakan kalau ada temu janji. Sebab dorang yang tolong jaga Aryan. So kali ni aku pulak pergi. Tujuan utama aku nak mengadu lah dekat nurse masalah Aryan. Bila aku perhatikan perkembangan Aryan sepanjang umur dia 2 tahun. Dia tak bercakap macam budak-budak yang sebaya dengan dia. Bila aku panggil dia buat tak tahu. Aktif tak reti duduk diam. Cepat boring dengan satu benda. Dia suka main benda-benda yang bukan permainan. Suka main masak-masak dan peralatan dapur. Kalau aku beli mainan tak sampai lima minit dah jahanam. Paling elok pun dia akan main dengan betul seminit je selebihnya tak betul. Sepanjang tu dia cuma boleh cakap dua perkataan 'air' dan 'nak'. Perkataan random dia sebut macam 'mak' dan 'buka'. Itu pun aku dah tak dengar dah sekarang. Kalau dipanggil nama dia, kadang-kadang je dia toleh selalunya dia buat tak tahu. Arahan pun dia tak faham. Cuma kalau kita buat sesuatu dia boleh tiru. Contoh kalau sujud, tadah tangan dan sebut amin. Adakalanya dia akan perhatikan sesiapa buat sesuatu lepas tu dia akan tiru. Contohnya buka pili air, gaya-gaya memasak dan baking, remote tv, shave misai, gunting rambut (gaya-gaya pekerja salon) etc. Kadang-kadang kami terpaksa sorok-sorok buat sesuatu supaya dia tak nampak. Kalau yang bagus tu tak nak pulak dia tiru.
Oklah bila aku perhatikan macam tu, aku pun goggle lah cari maklumat. Tentang autism dan ADHD. Banyak ciri-ciri pada Aryan menunjukkan tanda autism dan ADHD. Tapi aku tak rasa down pun. Sebab aku rasa aku tak perlu perasaan negatif. Aryan kurniaan terindah buat aku walaupun apa pun dia. Aku terus fikirkan cara untuk aku bantu Aryan. Sebab kebanyakkan ibu-ibu yang mempunyai anak macam Aryan cakap masalah tersebut boleh diatasi dan perubahan positif pada anak dorang selepas diusahakan. Usahakan macam mana? Macam-macam kekdah ye. Yang penting kena refer kepada yang pakar dalam hal ni. Jangn abaikan. Ambil berat, buat research dan cari maklumat. Kat Internet banyak.
So masa check up tu aku bagitahu kebimbangan aku pada misi. Misi tu pun tanya macam tak caya gitu "Betul ke dia tak pandai cakap lagi?". Eh adakah dalam daerah ni aku sorang je yang mengalami masalah macam ni. Mungkin misi nak kepastian. So aku pun ceritalah macam aku cerita kat atas tadi. So misi refer kat doktor kat KKIA. Kuar dari bilik misi tunggu giliran pulak nak jumpa doktor. Seriuslah anak aku je yang tak reti duduk diam berbanding budak-budak yang ada dalam klinik tu. Lepas doktor tanya macam-macam kat aku dan dia pun test Aryan. Fuhh masa dalam bilik doktor ni memang Aryan tak duduk diam juga. Sekejap dia main kat sinki sekejap dia main mesin scanner perut sekajap dia main telefon. Doktor tu pun macam nak marah jugalah part dia tarik-tarik wayar kat mesin tu. Yelah kalau rosak matilah aku. Bukan macam harga mesin scanner kertas. Conclusionnya dia syak Aryan memang ada problem lah. Terutamanya Speech Delay. Doktor pun tak pasti samada mungkin Aryan ni Mild Autism atau pun ada ADHD. Sebab dia pun cakap tanda-tanda tu ada cuma dia tak boleh sah kan. Sebab mungkin dia bukan doktor pakar kanak-kanak. Doktor suruh aku pergi jumpa terapi kat Klinik Kesihatan Sungai Rengit. Untuk terapi cara kerja (OT-Occupational Therapy). Aku ikut je saranan doktor. Sebab masa ni aku rasa pelik sikit sebab terus jumpa terapi kan.
Berdesuplah aku ke sana. Klinik baru dan aku pun baru tahu ada unit rehabilisasi kat situ. Wahhh ada kemajuan gitu kat kawasan aku ni. Dulu bangunan lama tapi lepas kemunculan RAPID. Banyak yang dah diupgradekan. Dari bangunan setingkat dah tersergam bangunan dua tingkat. Klinik pergigian pun ada juga. Aku jumpa lah pekerja bahagian rehab. Biasalah prosedur kerajaan. Mestilah kena buat temujanji. Aku dapat tarikh 22 Oktober. Masa aku sampai tu dah pukul 12.10 gitu. Aku tak pasti waktu rehat ke bukan. Tapi misi klinik pergigian kot tengok aku macam dia nak cakap "sekarang ni waktu rehat kau tak tahu ke". Ha.. gitulah gamaknya cara dia pandang aku. Aku minta maaf jelah sesiap. Kalau orang nak marah boleh sejuk hati ye dak.
Sebenarnya naluri aku mengatakan anak aku cuma ada masalah speech delay je sebab perkembangan motor dia Ok. Dan dia nak bergaul nak berkawan dengan orang walaupun agak pemalu sedikit pada awalnya. Nenek Aryan pun sependapat dengan aku. Dia yang banyak jaga Aryan kan. Kalau lah ada playschool kat daerah aku ni dah lama aku hantar. Mungkin dengan pergaulan macam tu dia lebih berkeyakinan untuk berinteraksi. Aku pulak kerja 6 hari seminggu. Ahad je aku Off. Pukul 6.30 pagi aku dah kuar rumah balik pulak nak maghrib baru sampai rumah. Masa yang aku ada untuk Aryan sangat terhad. Kurang dari 2 jam sehari. Perhatian untuk Aryan kurang sebagai ibu. So dari situ pun menjadi punca kurangnya bonding anak dan ibu. Aku pun jenis tak banyak cakap juga. Salah satu Sebabnya aku anak tunggal. Selain dari tu faktor abi dia juga. Abi Aryan kerja di Kuala Lumpur sementara aku dan Aryan di Johor. Makanya jaranglah Aryan bonding dengan abi dia. Nenek dan atok Aryan lah yang mengasuh dia dari lahir sampai sekarang. Aku tentulah rasa sedih dan kecewa pada diri sendiri tapi apakan daya aku. Semuanya ada punca dan alasan yang bukan atas kehendak aku.

Oklah dah panjang sangat ni nanti aku ceritakan pulak masa sesi OT tu nanti dan seterusnya.
Ulasan
Catat Ulasan