Occupational Therapy Aryan
Assalamualaikum,
Semalam aku dah cerita tentang kebimbangan aku terhadap Aryan dan ciri-ciri yang membuatkan aku saspek Aryan ada masalah Speech Delay. Hari ini aku nak cerita tentang temujanji yang aku buat dengan terapi pada 22 Oktober 2018. Pekerja rehab dah tulis kat buku pukul 9 pagi. So aku pun ambil cuti sesiap nak bawa Aryan ke KKIA Sungai Rengit. Sampai ngam pukul 9. Kami berdua naik ke tingkat 1 terus ke unit Rehab. Aku disambut oleh Cik Farah selaku juruterapi kat situ. Dia minta aku tunggu di luar sebab dia dah ada patient. Seorang kanak-kanak juga. So hopefully idoklah lama aku nak nunggu sebab Aryan bukan boleh duduk diam. Mujurlah dekat tingkat 1 tu ada mini playground yang ada gelongsor tu. Aryan pun mainlah kat situ dengan riang. Beberapa minit kemudian datang sorang budak nak main juga. Aryan tunjuk belang dia tak nak share pulak main stereng pusing-pusing tu. Nasiblah budak tu beralah. So Aryan duk main stereng tu while budak tu main gelongsor. Kat sini aku buat pemerhatian aku sendiri yang Aryan ni mungkin perlu bercampur dengan kanak-kanak sebaya yang lain. Kat rumah dia sorang dah tentu dia tak terdedah dengan konsep sharing. Tapi kalau dia nampak benda-benda menarik kat budak-budak lain macam balon, gula-gula, dia mesti nak rampas benda tu tanpa rasa segan silu. Aku pulak yang segan dengan mak budak-budak tu. Masa dia tengah syok main, aku pun keluarkan lah air kotak. Tu diaa.. dia nampak terus cakap "Nak..nak..nak.." pergi dekat aku. Budak ni memang pantang nampak air kotak. Tak sempat nak sedut, dia nak sambar dulu. Setengah jam jugalah menunggu kot. Barulah kami dipanggil masuk oleh Cik Farah.
Dalam ofis tu Cik Farah bagi aku selai kertas yang mengandungi soalan mengenai Aryan. Tentang makan, kebersihan, aktiviti, kelakuan, tabiat. Aku tak ingat sangat apa soalannya. Aryan ni dah mulalah usik benda dalam bilik tu. Terpaksa tutup pintu sebab dia nak keluar pulak. Cik Farah ni bagi mainan yang cucuk-cucuk lubang tu. So dia boleh buat tapi tak lama lepas tu dia dah mula baling-baling. Kalau kita marah lagi dia suka buat. Dia duduk kat kerusi depan komputer pulak dah. Main tekan-tekan keyboard pc kat situ. Kata Cik Farah tu.. Ohh dia tahu guna komputer. Padahal kat rumah aku tak pernah pulak bagi dia main. Mungkin dia tengok abi dia kot. Cuma kalau kat CPU tu dia suka masukkan kertas or duit macam kat mesin atm. Adehh.. At last Cik Farah bawa kami masuk gym pulak.
Macam biasalah bila nampak benda-benda baru bagi dia, memang sengih menerkam ke arah benda-benda tu. Dalam gym mestilah ada basikal, ball, trampolin dan macam podium bertangga. Aku biarkan jelah. Mak nak kena jawab soalan-soalan yang tak siap-siap dari tadi. So Cik Farah tulah yang layan Aryan. Memang happy betul. Lompat kat trampolin. Golek-golek kat bola gym. Masa tu Cik Farah ada tanya aku. Aku pun tanya Cik Farah tu. Dia jawab kalau autism biasanya budak tu akan menyendiri dan akan duduk kat hujung-hujung dinding. Tapi Aryan so far tak macam tu. Lega sikitlah rasanya. Cuma keaktifan dia tu buat aku terjerit-jerit dan lepak sangat. Dah nak abis sesi terapi tu lebih kurang sejam agaknya. Cik Farah suggest aku bagi Aryan main visel, alat muzik tiup, dan tiup balon buih untuk ransangan mulut. Urutan kat bahagian mulut pun bagus.
Untuk next temujanji bulan April 2019, waktu Aryan umur 3 tahun. Dalam masa enam bulan tu Cik Farah bagi aku praktis kat rumah apa yang dia suggest. Banyakan bercakap dengan Aryan. Maaflah ya. Aku tertinggal hp kat rumah jadi tak ada gambar nak ditempelkan disini. Dalam bulan April 2019 tu aku dah ada dua temujanji. KKIA Bayu Damai dan Terapi. Next temujanji dengan doktor KKIA Bayu damai pada 7 November 2018.

Ulasan
Catat Ulasan